KUALA LUMPUR – bzBee Consult Sdn. Bhd., sebuah syarikat komunikasi pemasaran bersepadu Bumiputera terkemuka, merangkul enam anugerah semasa majlis tahunan Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022 yang diadakan baru-baru ini.
Kejayaan bzBee Consult ini membuktikan keupayaan syarikat Bumiputera menandingi syarikat multinasional dalam industri Perhubungan Awam.
Edisi ke-14 anugerah industri tersebut dianjurkan oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia).
Acara ini bertujuan untuk meraikan kempen yang luar biasa dan inovatif oleh organisasi dan perunding Perhubungan Awam, serta individu yang mentakrifkan kecanggihan kerja dalam arena perhubungan awam.
bzBee Consult, yang berusia dua belas tahun, memperoleh anugerah terbanyak pada malam itu, iaitu enam anugerah, dua daripadanya adalah Anugerah Emas untuk “Employee Communications Award” melalui Kempen ‘Humanising Communication: Giving Employees a Voice’ dan “Crisis and Issues Management Award” melalui Kempen ‘Averting a Fiasco’.
Mohd Said Bani CM Din, pengasas dan Pengarah Urusan BzBee Consult berkata, syarikat itu menghargai kepercayaan para juri, pihak media dan pelanggan terhadap kerja yang dilakukan.
”Saya juga berbangga dengan setiap warga bzBee Consult yang bekerja dengan gigih selama berbulan-bulan. Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi dan komitmen semangat kakitangan bzBee Consult yang yang tidak ternilai untuk mencipta karya yang memenangi anugerah,” katanya.
bzBee Consult turut meraih pengiktirafan Perak dalam tiga kategori: Anugerah Pelancaran Pengguna – Kempen Keselamatan Jalan Raya “Us”: Keselamatan Jalanraya adalah Tanggung Jawab Kita Bersama, Anugerah Hal Ehwal Awam – Industri Kreatif Maju Ke Hadapan dengan Kempen Seluruh Negara RIUH , Anugerah Penjagaan Kesihatan – The Royal College of Surgeons of Edinburgh Menaikkan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Persada Dunia; dan Anugerah Gangsa dalam Anugerah Kelestarian dengan kerja pelancongan arkeologi mereka di Malaysia Utara—Memacu Pembangunan Mampan melalui Pendekatan Budaya Didorong Komuniti.
Sejak 2015, bzBee Consult telah menerima 10 anugerah daripada MPRA. – MalaysiaGazette