Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan ketika berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2022.

HULU SELANGOR – Segala aktiviti luar termasuk aktiviti berkhemah di kawasan Batang Kali dihentikan berkuatkuasa serta.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ekoran bencana tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali- Gohtong Genting di sini 2.30 pagi tadi.

Katanya, ketua polis daerah di Hulu Selangor telah mengeluarkan arahan itu kepada semua tapak perkhemahan dan lokasi berhampiran di Batang Kali.

“Ia merupakan langkah berjaga-jaga kerana kita mahu mengelak orang ramai jadi mangsa insiden tanah runtuh.

“Segala aktiviti kawasan berhampiran dan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh dihentikan seta merta sementara kawasan tapak perkhemahan yang beroperasi di Batang Kali diarahkan hentikan proses menerima pengunjung dan pelanggan baharu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian tengahari tadi.

Saifuddin juga berkata dia tahu aktiviti berkhemah adalah satu program beriadah yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia

Bagaimanapun, katanya, disebabkan tragedi menimpa mangsa hari ini, adalah wajar segala aktiviti berkaitan ditangguhkan serta merta sehingga kawasan tersebut diperakui selamat untuk pengunjung kelak oleh pihak berkuasa.

“Untuk musim cuti sekolah kali ini, pembelian peralatan perkhemahan telah meningkat 40 peratus dalam kalangan rakyat kita,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast