Ahli keluarga dan kenalan rapat mendengar bacaan talkin jenazah Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman selepas dikebumikan ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 17 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang merupakan mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland selamat dikebumikan.

Menurut perkongsian Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI    jenazah telah disolatkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selaseh Gombak malam ini.

Pengkebumian jenazah Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman iaitu salah seorang mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 DISEMBER 2022.

Nurul Azwan yang berusia 31 tahun difahamkan bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan menyertai rombongan perkhemahan kakitangan sekolah itu sejak Rabu lalu.

Allahyarham adalah salah seorang daripada 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di kawasan tersebut kira-kira 2.30 pagi semalam (Jumaat).

Terdapat sembilan lagi mangsa masih gagal dikesan dipercayai ditimbus runtuhan tanah yang menimpa tapak perkhemahan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast