foto: Animal Defenders

STOCKHOLM – Sebuah zoo di Sweden telah dikritik kerana menembak mati tiga cimpanzi dan mencederakan seekor lagi selepas haiwan itu melarikan diri dari kandang,

Zoo yang terletak di Furuvik menjelaskan, pihaknya menembak haiwan itu dalam usaha untuk menenangkannya, bukan untuk menimbulkan ancaman kepada kehidupan orang ramai.

Tiga lagi cimpanzi masih belum diletakkan semula ke dalam kandang mereka.

Haiwan itu terkenal di Sweden dan kematian mereka telah menimbulkan kemarahan.

Penyelidik Mathias Osvath, yang mengenali ketiga-tiga haiwan itu selama beberapa tahun, menegaskan mereka tidak menimbulkan bahaya sebenar.

Insiden itu bermula sekitar tengah hari pada hari Rabu lalu apabila cimpanzi itu keluar dari kandang dan mula berkeliaran dengan bebas di sekitar zoo.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana haiwan-haiwan itu melarikan diri.

Zoo itu ditutup untuk musim ini jadi orang ramai tidak ada pada hari kejadian, tetapi pegawai zoo berkata haiwan yang melarikan diri masih menimbulkan ancaman.

Kakitangan zoo pula diarahkan berada di dalam rumah.

“Cimpanzi boleh dianggap tenang tetapi ia amat berbahaya. Mereka pantas, sangat kuat dan secara amnya tidak takut dengan manusia,” kata satu kenyataan syarikat di Facebook.

Atas sebab ini, pihak zoo terpaksa menembak ubat penenang yang hanya boleh dilepaskan dari jarak dekat.

“Ini, digabungkan dengan fakta bahawa ia boleh mengambil masa sehingga 10 minit sebelum anestesia (ubat bius) berkesan, ubat ini akan menimbulkan bahaya besar kepada keselamatan manusia,” kata kenyataan itu.

Tetapi keputusan untuk menembak haiwan itu telah dikritik secara meluas.

Seorang bekas penjaga, yang bekerja dengan haiwan itu selama 30 tahun, menuduh zoo itu bertindak secara tidak profesional.

“Saya rasa mereka panik,” kata Ing-Marie Persson kepada penyiar awam SVT.

Pada hari Jumaat, pihak zoo mengesahkan identiti dua cimpanzi yang mati, Linda dan Torsten.

Seekor lagi dikhuatiri mati. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast