Eskavator milik Rejimen Askar Jurutera Diraja Malaysia akan digunakan bagi mencari mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

HULU SELANGOR- Dua buah eskevator milik Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dikerahkan ke lokasi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Gohtong Genting di sini hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat.

Jentera itu bagi membantu mencari sembilan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm pada Jumaat lalu.

Jentera berat jenis PC 210 LC- 10M milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) itu dibawa dari Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Penggunaan dua lagi jentera berat milik TDM itu bertujuan mempercepatkan lagi operasi SAR.

Semalam, operasi itu menggunakan lapan eskevator milik pelbagai agensi namun masih gagal menemukan baki mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah.

Malah, pasukan operasi tidak menemui sebarang petunjuk baharu berkaitan kedudukan baki mangsa.

Pencarian mangsa oleh Pasukan SAR kini tertumpu di sektor A (bukit) dan sektor C (tepi sungai) tapak perkhemahan terbabit yang dipercayai lokasi mangsa masih tertimbus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast