Datuk Johari Abdul hadir Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke 15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Kelima Belas.

Beliau mendapat 147 undi selepas pengundian dijalankan pagi ini.

Johari menewaskan Ahli Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan tersebut yang hanya mendapat 74 undi.

Nama Johari dicadangkan oleh Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Sementara nama Mohd Radzi dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan.- MalaysiaGazette