KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang, dekat sini, pada jam 6 petang kerana mengalami keletihan dan minor stroke.
Menurut kenyataan JBPM Selangor, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.
“Sama-samalah kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih.
“Semoga Dato Wira Merah diberi kesembuhan segera,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Norazam yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh turut Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor turut berada di lokasi kejadian jam 2.24 pagi Jumaat lalu.
Menurut kenyataan itu, operasi mencari mangsa tetap dijalankan. – MalaysiaGazette