Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mencadangkan kepada Parlimen untuk membuat ketetapan agar sejumlah RM55.9 bilion dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera kementerian dan agensi kerajaan.

Ketetapan itu dibuat menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.

Menteri Kewangan itu juga akan turut mencadangkan Parlimen mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM35,045 juta di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Ia melibatkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM31,834  juta dan baki wang terimaan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) sebanyak RM3,211 juta bagi tahun 2022.

Ketetapan itu mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983[Akta 275].

Selain itu Anwar juga akan mencadangkan Parlimen mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM16,200 juta di bawah seksyen 3(1) Akta 275 dan seksyen 4(2) AktaLangkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Corona virus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830] ke Kumpulan Wang COVID-19.

Ia melibatkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tahun 2022.

Ketetapan itu mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast