umat islam mengundi kerajaan besar
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Hanya sekitar 60 peratus umat Islam keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menunjukkan ada dalam kalangan mereka tidak menunaikan kewajipan tersebut walaupun alasannya kerana melakukan ibadat haji dan umrah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, malah ada dalam kalangan mereka yang menunggu upah duit dan sebagainya.

Sebaliknya, menurut beliau, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia dikerah untuk mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam negara ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri.

“Keadaan ini dibimbangkan, mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, perkara itu adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: ““Berundur ketika musuh mara menentang Islam.”

Selain itu, beliau memberitahu, Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal, ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat dalam) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.”

Abdul Hadi berkata, jika tugas mengundi sebagai salah satu cara yang damai pun tidak ditunaikan kewajipannya bagi memenangkan dan mempertahankan Islam serta bukannya terpaksa berperang, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada kepada anak muda yang tampil ke hadapan walaupun ada yang jahil agama, masih mentah umurnya, namun mereka mendapat hidayah Allah SWT, matang akalnya, sayangkan agama dan bangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast