KUANTAN – Keadaan banjir di Pantai Timur semakin surut membolehkan mereka yang terjejas akibat bencana itu pulang ke kediaman masing-masing.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan juga semakin berkurangan.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Pahang, hanya tinggal 23 mangsa banjir terdiri daripada enam keluarga di sebuah PPS di Sekolah Sungai Ular, Kuantan di mana 10 PPS lain telah ditutup sejak kelmarin.
Terkini di Terengganu pula, seramai 29,064 mangsa banjir daripada 7,832 keluarga ditempatkan di 202 PPS di lapan daerah di negeri itu.
Dalam perkembangan sama di Kelantan, jumlah mangsa banjir semakin menurun apabila 25,980 orang daripada 8,032 keluarga masih ditempatkan di 91 PPS melibatkan sembilan jajahan sehingga jam 5 petang tadi. – MalaysiaGazette