Sunday, November 3, 2024
Home Seni Hidup Jadi penyampai berita, suara Siti Nurhaliza tetap merdu

Jadi penyampai berita, suara Siti Nurhaliza tetap merdu

Siti Nurhaliza muncul sebagai penyampai berita menerusi slot Berita Wilayah dan Berita Perdana yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) masing-masing pada jam 5 petang dan 8 malam semalam.
KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan apabila muncul sebagai ‘penyampai berita’ bagi menyampaikan ramalan cuaca semalam.
Laporan itu disiarkan menerusi slot Berita Wilayah dan Berita Perdana yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) masing-masing pada jam 5 petang dan 8 malam.
Kemunculan penyanyi terkenal itu sekali gus memberi keterujaan kepada peminat pelantun lagu Cindai itu.
“Alhamdulillah, terima kasih Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada Rabu, 21 Disember 2022.
“Kolaborasi ini diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca, dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora.
“Saksikan saya menyampai informasi cuaca dalam RTM1 untuk siaran berita televisyen pada jam lima petang dan lapan malam,” kongsinya di Instagram.
Sementara itu, MetMalaysia dalam masa sama berbesar hati atas kesudian beliau untuk berkolaborasi dalam penyampaian maklumat semasa cuaca negara ini.
Kehadiran Siti Nurhaliza hari ini turut diraikan Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dan warga Jabatan Meteorologi Malaysia. – MalaysiaGazette