Gambar hiasan

KUANTAN – Banjir di Pahang mula surut dengan Pusat pemindahan Sementara (PPS) terakihir di Sungai Ular, Kuantan ditutup pada 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Pahang, PPS yang menempatkan 23 mangsa banjir itu ditutup setelah lima hari beroperasi.

PPS di Sungai Ular itu merupakan antara 11 PPS yang dibuka di negeri ini bagi menempatkan hampir 1,000 mangsa banjir di daerah Raub dan Kuantan.

Sementara itu, 15 daripada 64 PPS di Kelantan ditutup ekoran banjir semakin surut.

Sehingga jam 5 petang, seramai 18,529 mangsa ditempatkan di 49 PPS di lima jajahan melibatkan 13 PPS di Tumpat, Pasir Mas (23), Tanah Merah(1), Pasir Puteh (6) dan Bachok (6).

Di Terengganu, sebanyak 21 daripada 153 PPS di Terengganu ditutup pada tengah hari tadi.

Kini sebanyak 132 PPS yang masih beroperasi menempatkan 22,361 mangsa banjir di lapan daerah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast