Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Langkah Chile untuk meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka peluang besar untuk perniagaan Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku  Zafrul Abdul Aziz.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk Chile, sebuah negara di bahagian barat Amerika Selatan, pada 21 Feb 2023.

“Chile telah meratifikasi CPTPP. Perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk Chile pada 21 Feb 2023.

“Satu peluang besar bagi perniagaan Malaysia untuk mengambil kesempatan daripada kadar duti keutamaan ke atas barangan yang dieksport ke dan diimport dari Chile,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.

CPTPP ialah pakatan perdagangan antara Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Perjanjian perdagangan itu berkuat kuasa untuk Malaysia pada 29 Nov 2022, dan skop komprehensifnya termasuk kawasan akses pasaran tradisional serta faktor seperti tenaga kerja, alam sekitar, perusahaan milik kerajaan, pemerolehan kerajaan, harta intelek, perdagangan elektronik dan perusahaan kecil dan sederhana. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast