Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidaklah seburuk seperti yang disangkakan oleh semua pihak meskipun parti itu dijadikan bahan kecaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Pengerusi BN berkata, persepsi negatif yang sering dimainkan terhadap UMNO, BN dan juga diri beliau sebenarnya tidak menunjukkan gambaran yang sepenuhnya.

“Sebagai bukti, di bawah kepimpinan saya UMNO dan BN telah mengambil pendirian untuk memastikan keadaan negara yang stabil, sekali gus memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Bila dah kenal, dah jatuh cinta, dan tidak ada lagi persepsi negatif. Kami dalam UMNO dan BN tidaklah seburuk sepertimana yang disangkakan ramai pihak dan parti lain di luar sana.

“Kami sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa negara ini perlu diwujudkan sebagai negara yang stabil, politik yang stabil, demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Soal itu jelas, bagaimana untuk kita maju ke hadapan, pastikan ada  money in the pocket. Tiga perkara ini penting apabila kita menjaga kerajaan, maka elemen yang lain itu akan dapat diketepikan,” katanya dalam ucapan beliau.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Perdana Menteri anjuran Persatuan Penganut Kuil Sree Maha Kaliamman, di Batu 8 Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Pengerusi BN itu juga menambah, perbezaan politik dari segi ideologi adalah sesuatu wajar diraikan, ia tidak boleh dibiarkan sehingga mengganggu gugat kestabilan dan kemakmuran negara.

Katanya, sudah tentunya apabila PM mencadangkan sekretariat khas bagi menentukan dasar parti politik yang berbeza ini untuk dihadamkan demi melihat kebersamaannya.

“Maka sekretariat Kerajaan Perpaduan dari segi parti politik dibentuk, manifesto yang dikemukakan oleh parti yang sertai Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, telah dilihat teliti dengan sepenuhnya.

“Kita cari manifesto parti politik yang ada kesamaan dan kita lihat butiran manifesto ini untuk kita cari titik pertemuan antara satu sama lain.

“Maka perkara pertama yang dilihat dalam semua manifesto kerajaan ini daripada parti-parti politik berbeda, perkara pertama harus dilihat, harus dilaksanakan, jadi quick win, ialah menangani kos sara hidup yang menjadikan rakyat kita sengsara setiap hari.

“Atas sebab itulah Kerajaan Perpaduan pada hari ini terus memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan beban rakyat termasuk pengumuman tidak menaikkan taraf elektrik baru-baru ini, penubuhan jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tapi tolonglah tengok balik lantikan menteri dan timbalan menteri supaya yang dilantik benar benar boleh memberi manfaat kepada rakyat kerana kita tidak mahu wang negara dibazirkan membayar gaji.
    Contohnya menteri ekonomi biarlah orang profesional mcm Prof Tan Sri Dato Seri Dr Noor Azlan Ghazali Prof Ekonomi UKM atau rendah sikit Shahril Hamdan berkelulusan ekonomi. Kita tak mahu orang retorik ekonom. Hanya pandai cakap. Kita mahu yang berpegang pada fakta.

Comments are closed.