Kit Siang naratif Hadi gagal Pas rakyat bangsa Malaysia
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengecam seorang pemimpin parti politik kerana mengeluarkan naratif palsu bersifat rasis dan melampau yang mengatakan kononnya terdapat kadar keluar mengundi yang buruk dalam kalangan pengundi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau menyifatkan perkara itu amat malang sekali kerana kenyataan tersebut dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin bertitah mengenai sifar toleransi terhadap hasutan perasaan syak wasangka dan kebencian yang bersifat perkauman dan keagamaan di negara ini.

“Pemimpin ini telah mendakwa kononnya orang bukan Islam keluar mengundi secara beramai-ramai dari dekat dan jauh untuk ‘menyokong DAP’, dengan kadar keluar mengundi dalam kalangan orang bukan Islam pada 98 peratus berbanding dengan hanya 60 peratus dalam kalangan orang Islam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Walaupun Kit Siang tidak menyebut nama pemimpin parti politik terbabit, beliau dipercayai merujuk kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Rabu lalu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam negara ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

Kit Siang memberitahu, sebelum ini, pemimpin politik yang sama telah membantah pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan yang kononnya demokrasi tempatan hanya akan memberikan manfaat kepada komuniti Cina dan kononnya itulah sebab DAP menyokong pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula.

Beliau menambah, tuduhannya yang mengatakan DAP hanya mengambil kira pengundi Cina dan mengabaikan kepentingan kaum dan pihak-pihak lain yang merupakan denyut dan nadi bandar-bandar majmuk pelbagai kaum dan agama bukan sahaja salah dan tidak berasas, malah telah dinafikan oleh Bancian Populasi dan Perumahan Malaysia pada 2020 dan 2010.

“Menurut Bancian Populasi dan Perumahan 2020, tiga per empat dari rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar, dengan kebanyakan penduduk bandar dari kalangan golongan bumiputera.

“Kira-kira 14.1 juta atau 62.2 peratus penduduk bandar adalah golongan bumiputera, diikuti etnik Cina pada 6.4 juta atau 28.6 peratus, etnik India (1.8 juta atau 8.1 peratus), dan lain-lain etnik (0.2 juta atau 0.7 peratus),” jelasnya.

Kit Siang berkata, kadar peratusan bumiputera juga telah bertambah berbanding dengan bancian sebelum ini pada 2010, di mana 58.9 peratus penduduk bandar adalah dari etnik bumiputera.

“Perkara ini mencerminkan demografi negara, dan jauh berbeza dengan demografi kawasan bandar pada tahun 1970-an di mana hanya kira-kira satu pertiga populasi Malaysia tinggal di bandar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak bertoleransi terhadap hasutan syak wasangka dan sifat kebencian antara kaum dan agama dalam masyarakat majmuk kerana perkara itu boleh memusnahkan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. kenapa APEK ini dan sekutunya bimbang dengan GELOMBANG HIJAU ….malah mengingatkan pm10 BAHAYA tentera hijau

    ANWAR harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam “gelombang hijau” PAS, kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

    maka MELAYU yang bersekongkol dengan DAPIGS terus LAYU demi perpaduan….tetapi sanggup jadi BUTA TULI bila ISU agama ISLAM terus diCABAR dan dibogelkan tempoh 22 BULAN
    LGBT/ZAKAT/AZAN/ PESTA ARAK DAN BOGEL hanya dibiarkan malah MUJAHID YUSUF RAWA melarang membuat SERBUAN SARANG MAKSIAT selepas 12malam SEBAGAI menjaga privasi mereka
    ZAHID MUNAFIK serta asyraf wajdi fuad jakarshi DAN SEKUTUNYA yang bersumpah dengan KALIMAH ALLAH…no DAPIGS NO ANWAR….selamat dunia tapi AKHIRAT BELUM PASTI

  2. Sedangkan ketika PN dikatakan akan menang PRU, saham-saham judi dan arak telah jatuh dengan teruk, berbilion ringgit. Berita itu ada di dalam Bloomberg. Namun ia kembali naik setelah PH disahkan menang dan menjadi kerajaan. Pak Pandir pun tidak akan percaya yang pengusaha judi akan memberikan dana kepada PN yang ada PAS di dalamnya, untuk PAS menghapuskan lesen judi mereka. Gila jenis apa ni? Kerana PAS telah membuktikan, dengan kuasa penuh, semua tiga negeri PAS, telah mengharamkan judi.

    Ia sama sahaja dengan kisah RM90 juta dahulu. Orang yang sama membawa cerita, masa itu belum menjadi Perdana Menteri ke-10, dia menuduh PAS menerima duit Umno sebanyak RM90 juta dengan membaca bahan bukti, terhendap-hendap mengadap kertas yang hitam legam terlebih karbon itu.

Comments are closed.