logo luar negara
Gambar hiasan

JAKARTA – Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan Polis Mandailing Natal berjaya membongkar 11 hektar ladang ganja di dua lokasi di Sumatera Utara hasil penahanan lima suspek termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.

Siasatan narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang berkenaan masing-masing berkeluasan lapan hektar dan tiga hektar terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.

Pengarahnya, Mukti Juharsa berkata, tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan dan dianggar menghasilkan 55 tan ganja.

Bagaimanapun, kesemua ganja berkenaan telah dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang berkenaan semasa operasi dilakukan, katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast