Surau Kampung Simpai , Pekan untuk masyarakat orang Asli di sini melakukan rutin beribadat dan aktivitidi komuniti telah siap dibina

PEKAN – Projek membina surau untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Simpai, Pekan yang dibangunkan oleh Malaysia Relief Agency (MRA) Pahang siap sepenuhnya.

Presiden MRA Malaysia, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, dana tambahan bernilai RM20,000 diperlukan bangi membangunkan dapur di atas lebihan tanah keluasan 4,000 kaki persegi.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman

Tambah Dr Daud, surau tersebut berkonsepkan pusat ibadah, pengajian ilmu dan pusat komuniti setempat yang boleh digunakan sebagai pusat perlindungan sementara dalam fasa kecemasan jika berlaku musibah banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya.

“Surau Kampung Simpai siap dibina berkeluasan 1,400 kaki persegi mampu menampung 100 jemaah manakala keluasan kawasan tanah surau sekitar 4,000 kaki persegi.

“Masih ada ruang parkir yang luas di luar kawasan berpagar Surau dan belakang surau untuk ditambah dapur bagi memudahkan dan kegunaan penduduk di sini.

“Secara keseluruhannya, projek telah siap dan dalam proses sambungan elektrik kekal bermeter dari tiang  Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Difahamkan ada 30 keluarga Orang Asal Jakun setempat telah memeluk Islam dan 30 kakitangan termasuk guru-guru beragama Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Simpai yang tinggal berhampiran dengan Surau tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang pembinaan dapur surau tersebut boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Malaysia Relief Agency Pahang bernombor 556011094202

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ke akaun Maybank milik Malaysia Relief Agency Pahang bernombor 556011094202

 

“MRA Pahang sedang berusaha untuk mendapatkan dana tambahan untuk buat pembinaan tambahan, secara terancang bagi ruang dapur di bahagian belakang surau dengan nggaran dana yang diperlukan adalah RM20,000.

“Manakala majlis penyerahan ringkas kepada pengerusi jawatankuasa dan ketua kampung pada bulan Februari 2023 nanti selepas Operasi Banjir Monsun dilaksanakan,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Surau RM200,000 untuk Orang Asli Kampung Simpai