Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan pembiayaan Pas Mutiara membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi tahun 2023.

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, peruntukan itu membabitkan tawaran sebanyak 150,000 pas.

“Kerajaan negeri mula menaja Pas Perjalanan Tanpa Had atau lebih dikenali sebagai Pas Mutiara sejak 1 Mac 2021 dengan peruntukan sebanyak 100,000 pas bersamaan dengan RM3 juta manakala RM4.5 juta bagi 90,000 pas untuk tahun ini.

“Mengambil maklum akan jumlah pembelian kad Pas Mutiara dan bilangan penumpang (ridership) meningkat setiap bulan, kerajaan negeri telah menambah pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 30,000 pas.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan Pas Mutiara pada tahun ini ialah 120,000 pas dengan jumlah subsidi sebanyak RM6 juta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Zairil, kerajaan negeri percaya pembiayaan subsidi itu mampu menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan berbanding kenderaan persendirian. – MalaysiaGazette