Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.

Demikian kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Menurut beliau, sekolah-sekolah dalam kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari.

Berdasarkan gambar rajah yang dikongsi, Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang berada di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi!,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan dilaporkan sepatutnya membuat ketetapan menangguh pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 pada 12 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 13 Mac (Kumpulan B).

Penangguhan berkenaan bertujuan supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan dengan lancar. – MalaysiaGazette