GEORGE TOWN – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Perdana Menteri melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Ekonomi.
Ia susulan Wan Saiful mendakwa, menteri sedia ada, Rafizi Ramli dilihat angkuh serta tidak kompeten dalam menjalankan tugas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, Johari jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga membuat semua pihak ‘terduduk’ semata-mata sebab dendam politik.
“Matlamat kerajaan bukan bagi sesiapa ‘terduduk’ tapi untuk membantu rakyat tanpa mengira pegangan politik. Sepatutnya pada masa ini, lihatlah bagaimana nak mulakan supply-side reform (pembaharuan dari segi penawaran) supaya kita ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang.
“Selain itu, dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport juga perlukan digunakan oleh kerajaan untuk bantu rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Wan Saiful berkata, sikap angkuh Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) itu yang menyebabkan mereka sentiasa tersasar sedangkan sasaran sebenar sepatutnya adalah menghasilkan idea membantu rakyat.
“Semasa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) memegang kuasa, kita prihatin menjaga kebajikan semua rakyat dan kita langsung tak pernah terniat supaya PH ‘terduduk’.
“Tak kira PN atau PH, semua kita bantu. Itulah beza kerajaan PN yang adil dan PH-BN yang tidak kompeten,” katanya.
Media tempatan semalam melaporkan, pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempertikai kenyataan Rafizi berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional.
Menurut Menteri Ekonomi itu, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga.
Kata beliau, perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna. – MalaysiaGazette
Betul tu kats wan saiful. Menteri Ekonomi sekarang elok kita tukar fia ke kementerian lebih penting iaitu Kementerian Hal Ehwal Wanita. Wanita perlu orang seperti dia untuk maju kehadapan. Beri jawatan menteri ekonomi kepada yang layak.
heheehe..AKU RAFIZIlah pakar TEMBERANG FORMULA AJAIB,,,,semua murah dan hapuss
petrol turunnn rm1.50 SEBAB AKU pernah d PETRONAS tolol PLUS HAPUSS PTPTN hapus pendidikan PERCUMA GST HAPUSS…HARGA kereta dan rumah MURAHHH janji MUNAFIK