WASHINGTON – Amerika Syarikat menjadi negara terbaharu mengenakan ujian Covid mandatori ke atas pelawat dari China, selepas ia mengumumkan akan membuka semula sempadannya minggu depan.
Langkah-langkah yang lebih ketat juga telah dibawa masuk oleh Itali, Jepun, Malaysia, Taiwan dan India.
Selepas hampir tiga tahun sekatan, China akan membenarkan orang ramai melakukan perjalanan dengan lebih mudah mulai 8 Januari 2023.
Pada masa sama, negara tersebut sedang berdepan lonjakan kes Covid sehingga membawa kepada kewaspadaan dalam kalangan sesetengah negara.
Bagaimanapun, Beijing berkata peraturan koronavirus perlu dibawa masuk secara saintifik dan menuduh beberapa negara dan media menggembar-gemburkan keadaan.
Dalam pada itu, kerajaan United Kingdom berkata, ia tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan semula ujian atau syarat kemasukan lain untuk pelancong. – Agensi