Lim Kit Siang.- foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang memperjelaskan kenyataannya berkaitan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertahan lima tahun.

Menurut Kit Siang, beliau sedar bahawa parti lawan gembira dengan kenyataan yang dibuatnya semalam.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut bermaksud pentadbiran Anwar tidak dapat bertahan selama satu penggal.

“Saya sedar yang pihak lawan sedang bersorak dengan kenyataan ini sebagai bukti yang kononnya Lim Kit Siang tidak percaya yang Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri selama lima tahun dan menguatkan usaha mereka untuk terus menumbangkan Anwar Ibrahim dengan gaya yang sama seperti konspirasi politik Langkah Sheraton secepat mungkin.

“Tetapi kenyataan saya tidak ada apa-apa kaitan dengan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lima tahun.

“Malah, saya mahu Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri selama lima tahun, untuk menyediakan negara dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027 dengan menghentikan kemerosotan negara dalam enam dekad yang lepas dan memulakan proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang berkata, Anwar telah mengukuhkan peluangnya untuk bertahan selama lima tahun selepas lebih sebulan menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun menurut beliau, Anwar dan anggota Kabinet perlu sentiasa sedar mengenai pengajaran yang paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini.

Katanya, akan sentiasa ada kuasa politik yang akan cuba untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar sebelum lengkap penggal lima tahun.

“Sama ada kerajaan perpaduan Anwar ini akan bertahan selama lima tahun, hanya masa yang akan menentukannya. Inilah salah satu isu yang akan ditempurkan di medan peperangan politik.

“Bagi saya, saya semakin yakin yang kerajaan perpaduan Anwar akan bertahan selama lima tahun selepas undi percaya di Parlimen pada minggu lepas dan dengan pelbagai inisiatif baik dalam bulan pertama kerajaan ini.

“Tetapi para menteri dan pemimpin dalam kerajaan perpaduan Anwar perlulah sentiasa mengingati apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas 22 bulan dan melaksanakan reformasi institusi dalam bulan-bulan terawal kerajaan ini,” katanya.

Media semalam melaporkan, Kit Siang berkata, Anwar perlu melakukan sebanyak mungkin reformasi institusi seawal mungkin.

Ini kerana Anwar mungkin tidak mempunyai masa lima tahun.

“Anwar patut abaikan Mahathir dan sebaliknya hayati pengajaran paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini — untuk melaksanakan sebanyak mungkin “reformasi” institusi kerana kerajaan yang ada ini tidak semestinya akan bertahan selama lima tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. pengajaran yang paling penting dari kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini.

    Pakatan HANCING sendiri Berak dan Kencing….tuduh pihak lain buang tahi
    INSHA ALLAH golongan MUNAFIKUN akan tumbang segera tiba masanya

Comments are closed.