Foto: FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa hari-hari terakhir tahun 2022 dengan menekuni urusan perbendaharaan.

Perdana Menteri kesepuluh itu melaksakan urusan tersebut dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican tengah hari tadi.

Turut bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Dalam kenyataan ringkas di media sosial Anwar berkata, mereka menelaah dan menekuni urusan perbendaharaan terutamanya berkaitan soal rakyat.

Juga ditekankan mengenai Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula tahun depan.

“Kami menelaah serta menekuni urusan Perbendaharaan terutamanya soal rakyat dan Belanjawan 2023 yang akan datang.

“Selain menyelesaikan urusan kerajaan sebelum melangkah ke tahun baru 2023,” kata Anwar

Media sebelum ini melaporkan, pembentangan Bajet 2023 dijadualkan pada 24 Februari depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan termasuk perbahasan sebelum diluluskan.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.

Sementara Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rangka Bajet 2023 baharu akan merangkumi manifesto semua parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti bajet yang dibentangkan oleh menteri kewangan sebelum ini dan tiada halangan untuk meneruskan beberapa perkara yang baik untuk rakyat.

Bajet 2023 sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat, pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahas dan diluluskan selepas Perdana Menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast