pembangkang undi percaya
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat akan terus berganding bahu memajukan negara di bawah Kerajaan Perpaduan.

Dalam ucapan ringkas sempena menyambut ketibaan Tahun Baharu 2023 esok, Ahmad Zahid menyatakan ikrarnya untuk memikul peranan yang diamanahkan kepada beliau.

“Saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Insya-Allah. Harapan saya kita terus berganding bahu agar Malaysia terus maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini. Selamat Tahun Baharu 2023,” katanya.

Presiden UMNO itu turut melahirkan harapan agar rakyat dapat melangkah seiringan dalam memastikan negara terus cemerlang pada tahun 2023.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berharap semua pihak dapat bersama-sama dalam menghadapi segala cabaran yang akan ditempuhi tahun depan.

“Saya berharap kita semua akan sederap bersama-sama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk tahun 2023. Pastinya segala kejayaan akan kita raikan bersama.

“Sementara sama-sama tangani dan harungi cabaran yang mendatang demi negara yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan melalui perkongsian video di media sosial.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast