Seorang penganggur dalam status orang dalam pengawasan polis, ditemukan mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor tengah malam tadi.

IPOH – Polis mengklasifikasi pengganggur mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor di sini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas lelaki yang lari daripada pengawasan polis di Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Punca kematian lelaki berusia 37 tahun itu adalah disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul. Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

“Susulan itu, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di Chemor bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Mohd Yusri, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Ipoh.

“Kita juga sedang giat mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas. Polis akan melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki ditemui mati di hadapan rumahnya dengan pelbagai kesan kecederaan di badan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki ditemukan mati di depan rumah dengan kesan cedera – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast