Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM,31 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri tiba ke Majlis Putra bagi menghadiri majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpakaian baju Melayu berwarna krim tiba pukul 6.21 petang.

Ketika memasuki masjid, Anwar sempat bersalaman dengan para hadirin yang hadir.

Mengiringi beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri lain antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Pendidikan, Fadzlina Sidek dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.

Anwar dijadualkan akan menyampaikan amanat khas sempena Tahun Baharu 2023 ketika majlis itu disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen RTM pukul 8 malam ini.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka susulan bencana banjir di beberapa negeri dan kesusahan dialami rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast