KUALA LUMPUR – Tahun 2022 yang sampai penghujung hari ini menyaksikan sumpah ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan oleh UMNO bertukar menjadi ‘Love Anwar, Love DAP’.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, tahun ini menjadi saksi parti UMNO telah menjulang parti berideologi kiri seperti DAP.
“Buku-buku sejarah politik bakal merekodkan bahawa pada tahun 2022 UMNO menjulang parti berideologi kiri DAP dan mensucikan falsafah Malaysian Malaysia. Rakyat bertanya adakah UMNO masih relevan?
“Tahun 2022 merekodkan betapa agenda reformasi hanya lakonan murah mereka yang kini leka bersekedudukan dengan kleptokrat dan perasuah.
“Benarlah bahawa kuasa dan jawatan boleh membuat manusia menjual maruah. Rakyat telah sedar lakonan reformasi dipelopori PKR sudah masuk tong sampah,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Tahun Baharu 2023.
Bagaimanapun,menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, tahun 2022 juga merekodkan masih ada sekelompok pejuang yang masih tegar dengan idealisme perjuangan.
Perikatan Nasional (PN), katanya, bertegas tidak berkompromi dengan maksiat dan kerosakan.
Parti itu dengan dengan 74 kerusi Parlimen kekal berprinsip, bersih, berintegriti, berkaliber dan berwibawa serta memilih untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat.
Sementara itu, menjengah ke tahun 2023 beberapa persoalan bermain di minda rakyat, katanya.
Menurut beliau, rakyat akan menilai apa yang bakal berlaku terhadap beberapa kes mahkamah termasuk melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Anwar Ibrahim dan PH kini menyayangi “kluster mahkamah” dan sedang mensucikan UMNO kerana mahu duduk serumah. Tapi rakyat akan menilai adakah kedaulatan undang-undang negara akan dirosakkan oleh PH demi untuk membela kekasih baru mereka UMNO.
“Rakyat juga akan menilai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkaitan empat orang Ahli Parlimen Sabah yang jelas telah melompat parti,” katanya.
Wan Saiful mempersoalkan sama adalah Kerajaan yang ditadbir secara bersama oleh BN dan PH akan mempertahankan konsep kedaulatan undang-undang.
Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai isu empat Ahli Parlimen Sabah akan menjadi petanda awal sama ada kerajaan PH-BN akan melenturkan undang-undang untuk menjaga kepentingan diri.-MalaysiaGazette
Woi bahalol! Yg pernah duk satu parti dgn DAP ialah Muhyidin & Hadi! UMNO tidak bersama dlm satu parti dgn DAP..itu faktanya! No Anwar, No Bersatu & No DAP mmg dilaksanakan oleh UMNO ketika PRU ke 15..tu sebab UMNO lawan solo dlm PRU…ko punya pembelit dan pemfitnah mmg tak boleh dipisahkan..muka pun nampak kaki fitnah tegar
Cukup2la komen parti lain. Dh ditakdirkan jadi pembangkang makanya jadi lah pembangkang yg hebat utk rakyat bukan jd pembangang nk ulas parti lain. Dh menang kerusi pru15 belum tentu boleh menang pru16 kalu asyik sebuk ulas hal parti lawan bukan nak berkhidmat utk rakyat.