Gambar hiasan.

KUANTAN – Hampir setiap hari jenayah sindiket Macau Scam menjerat mangsanya.

Kali ini seorang wanita Cina berumur 36 tahun menanggung kerugian sebanyak RM21,3999 selepas terpedaya dengan helah tuntutan 750 mata ganjaran Touch N Go dalam kejadian di Raub, Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa mengalami kerugian setelah menyerahkan kata laluan bank dan nombor Transaction Authorisation Code (TAC) kepada suspek yang menyamar sebagai wakil Touch N Go.

“Pada 29 Disember lalu, mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil Touch N Go memaklumkan akaun e-wallet milik mangsa telah tamat tempoh dan terdapat 750 poin yang masih belum dituntut.

“Mangsa terpedaya dengan kata-kata suspek dan memberikan nombor kad bank dan juga nombor TAC apabila suspek mahu membantunya menebus poin tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kemudian mangsa telah menyedari dirinya telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis.

Justeru Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihaknya atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Ramli menasihati orang ramai supaya jangan mendedahkan apa apa maklumat perbankan kepada mereka yang tidak dikenali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast