BRASILIA – Luiz Inacio Lula da Silva telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil yang baharu.
Ini merupakan kali ketiga beliau memegang jawatan tersebut.
Ahli politik veteran sayap kiri itu pernah mengetuai Brazil selama dua penggal antara 2003 dan 2010.
Dalam ucapan pertamanya, Lula berikrar untuk membina semula sebuah negara ini selepas “runtuhan yang dahsyat”.
Beliau mengecam dasar Jair Bolsonaro, yang telah berlepas ke Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.
Setakat ini tidak diketahui bila Bolsonaro akan kembali ke Brazil.
Lautan penyokong Lula berkumpul di hadapan Bangunan Kongres sejak awal pagi – berhiaskan warna merah Parti Pekerja.
Mereka datang dari seluruh pelosok negara untuk melihat Lulu mengangkat sumpah, selain menyambut tahun baharu.
Beliau kembali menerajui negara selepas tiga tahun dibebaskan dari penjara selepas menghadapi pertuduhan rasuah
Lula, 77, mengalahkan Bolsonaro, 67, kurang daripada dua peratus undi dalam pilihan raya presiden baru-baru ini. – Agensi