Foto Instagram Nabila Razali.

KUALA LUMPUR – Nabila Razali kecewa apabila disindir tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul menerusi program The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat yang dibuat menerusi komen pelawak Atu Zero.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, komen dibuat Atu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka ketika muncul dalam program televisyen.

“Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi tidak buat saya.

“Saya tidak marah kepada dia (Atu). Hanya sedikit kecewa,” katanya meluahkan rasa kecewa mengenai tindakan Atu itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Menerusi program itru, Atu memberi komen kepada salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia iaitu Si Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu dalam komennya secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Sementara itu, Nabila berkata, dia melihat kata-kata pelawak itu sama seperti isu body shaming yang sering menjadi perdebatan hangat apabila seorang pelawak menggunakan perkara itu untuk dijadikan bahan jenaka.

“Saya rasa perkara ini sama sahaja seperti body shaming. Kepada semua pelawak, tolong cari bahan jenaka lebih baik untuk buat orang ketawa.

“Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, dia sentiasa cuba memperbaiki diri selepas sering kali mendapat kritikan gagal membuat persembahan baik di atas pentas.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri saya setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja tahu progres yang saya lalui,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast