KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda menghadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Johor Darul Takzim (JDT) di Iskandar Puteri semalam.
Pertemuan itu dikongsikan oleh Hannah menerusi Facebook dengan menyertakan bersama beberapa keping gambar.
Menurut Hannah, pertemuan itu bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur dan sukan negara.
“Setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che’ Puan Besar Khaleeda atas perkenan menerima patik dan delegasi Kementerian Belia dan Sukan menghadap di Ibu Pejabat JDT, Stadium Sultan Ibrahim hari ini (semalam).
“Sesungguhnya pertemuan ini adalah sesuatu yang sangat baik bagi membincangkan infrastruktur dan pembangunan sukan dan belia di negara ini. Menjunjung Kasih Tunku,” katanya menerusi posting di laman sosial itu.
Turut menghadap Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shahdi.
Hadir sama,Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Faidz Sanusi. – MalaysiaGazette