KUALA LUMPUR – Yayasan Selangor (YS) membuka permohonan kemasukan murid ke tingkatan 1 Tahun 2023 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) mulai pada hari ini, 3 Januari 2022 kepada murid Tahun 6 / 2022 yang layak.

Menuri tersebut perlu mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah dan bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar).

Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin), pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi bilangan isi rumah) kurang RM2,000 sebulan.

Selain itu, pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia serta sihat fizikal, mental dan emosi dan tidak menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor www.yayasanselangor.org.my.

Pemohon hendaklah mencetak borang permohonan yang telah diisi dalam talian dan dihantar berserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui serahan tangan atau pos sebelum atau pada 20 Januari 2023.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, boleh dirujuk di laman sesawang yang sama.

Untuk pengambilan tahun 2023 ini, Yayasan Selangor memperuntukkan sejumlah 500 tempat di 28 buah sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada murid yang terpilih termasuk kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan daripada guru yang dilantik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast