Wan Rosdy Wan Ismail memandu uiji bot amfibia jenis Sealegs di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Pahang merupakan negeri pertama memiliki dua bot amfibia bernilai RM1.8 juta bagi penggunaan aktiviti menyelamat terutamanya ketika banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bot jenis Sealegs buatan New Zealand itu mampu memuatkan lapan orang.

“Setiap bot bernilai RM900,000 dan akan ditempatkan di depoh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang bagi kegunaan menyelamat.

“Insya-Allah akan datang jika ada keperluan, kerajaan akan menambah pembelian bot dan keperluan lain, “ kataya ketika ditemui media di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan hari ini.

Bot amfibia jenis Sealegs akan diserahkan kepada Angkata Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di Kuantan

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM47 juta bagi persediaan musim tengkujuh pada tahun lalu.

Beliau berkata, peruntukan tersebut digunakan bagi membeli aset seperti bot dan pembinaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di Maran.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut menyediakan tapak pendaratan helikopter di Lipis bagi membantu memudahkan urusan penghantaran barang keperluan kepada mangsa banjir, selain penyediaan sistem pengesanan pergerakan tanah di Cameron Highlands. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan