DES MOINES, Iowa – Bessie Hendricks yang berusia 115 dipercayai wanita tertua di Amerika Syarikat meninggal dunia di pusat warga emas di Lake City, dekat sini.
Wanita ini dilahirkan pada 7 November 1907, sempat menyambut ulang tahunnya pada 7 November lalu.
Dia pernah menjadi seorang guru di sekolah satu bilik dan mempunyai lima orang anak, dua daripada sudah meninggal dunia.
Ketika berusia 112 tahun, Hendricks memberitahu Fort Dodge Messenger rahsia umur panjangnya.
“Bekerja keras, jauhi doktor dan pastikan anda menikmati gula-gula, seperti sekeping pai atau sepotong kek hari jadi,” katanya.
Kematian Hendricks meninggalkan Edie Ceccarelli dari California sebagai warga Amerika tertua yang masih hidup, menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontology di Los Angeles.
Dia bakal mencecah usia 115 tahun pada 5 Februari.
Menurut data banci 2010, seramai 53,364 centenarians berada di Amerika Syarikat atau kira-kira 0.017% daripada penduduk negara itu.
Centenarians adalah orang yang hidup melebihi 100 tahun dan supercentenarian, seseorang yang hidup melebihi 110 tahun, menurut Makmal Panjang Umur Luar Biasa di Iowa State University.
Sehingga banci 2010, terdapat 330 supercentenarian di seluruh negara, iaitu hanya 0.6% daripada populasi centenarian. – Agensi