Perdana Menteri hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit menjamu selera di Medan Ikan Bakar Tanglin. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba jam 12.48 tengahari diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Mereka memilih hidangan ikan jenanak, pari, siakap dan sotong bakar.