Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R. S. Thanenthiran menunjukkan laporan polis yang telah dibuat terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimon dalam sebuah portal yang cuba menakutan rakyat dan para hakim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Parti Makkal Sakti Malaysia telah membuat satu laporan polis mendesak polis menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Presidennya, Datuk Seri R. Thanenthiran berkata, laporan polis  dibuat kerana mendakwa Tengku Maimun telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat menakut-nakutkan para hakim mahkamah yang akan akan menduduki pendengaran permohonan semakan kehakiman terhadap ‘kecacatan’ perbicaraan kes SRC melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa Tengku Maimunah yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam tidak wajar mengeluarkan kenyataan berkaitan kes rasuah Najib yang juga bekas perdana menteri itu memandangkan ia belum selesai sepenuhnya berikutan semakan kehakiman yang akan menyusul Januari ini.

“Saya hari ini tampil membuat laporan polis mendesak polis siasat segera Tengku Maimun sebab saya terkilan beliau mendakwa menerima ugutan bunuh.

“Jika benar dakwaan ugutan bunuh, beliau sepatutnya segera melaporkan kepada polis untuk membolehkan pihak berkuasa  menyiasat serta-merta tapi yang pelik dia bercakap ancaman itu kepada umum.

“Tindakan Tengku Maimun bukan sahaja bersifat prejudis, berat sebelah tetapi juga satu bentuk perbuatan sengaja cuba menakutkan barisan hakim mahkamah yang lain yang bakal menduduki pendengaran semakan kehakiman daripada Najib pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Thanenthiran juga kecewa terhadap sikap Tengku Maimun yang disifatkan sebagai tidak profesional dalam mengendalikan sesuatu isu dan mendesak ketua badan kehakiman itu agar melepaskan jawatan serta-merta.

Katanya, desakan siasatan terhadap Tengku Maimun kerana beliau mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab berkaitan petisyen Najib kepada Mahkamah Apex Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersabit keputusan tidak adil yang diterima dalam perbicaraan SRC tahun lalu.

“Saya terbaca artikel bertarikh 10 Januari 2023 daripada tengku Maimun bertajuk “Kes Najib Selesai, Terpulang kepada Najib Fail Petisyen kepda PBB berkaitan kecacatan perbicaraan kes SRC dan kenyataan inilah yang memaksa saya tampil buat aduan kepada polis hari ini.

“Saya sangat pasti bahawa tujuan Tengku Maimun mengeluarkan kenyataan seumpama (ancaman bunuh) adalah semata mata berniat menakut-nakutkan rakyat dan mencetuskan situasi tidak senang. Ini sangat serius dan salah.

Thanenthiran juga meminta agar Tengku Maimun dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Kehakiman supaya satu siasatan dalaman ke atas beliau disegerakan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.