Penguat kuasa MOTAC Melaka melakukan pemeriksaan terhadap bas pelancong untuk mengesan sekiranya melakukan kesalahan itu di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 di Melaka, Sabtu lalu.

MELAKA – Lima bas pelancong yang membawa pengembara domestik dikompaun RM25,000 selepas gagal menyediakan khidmat pemandu pelancong dalam satu operasi bersepadu di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka, Jay Yeow C.C berkata, jumlah tersebut adalah daripada 20 bas pelancongan diperiksa yang memfokuskan pada kesalahan itu di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Menurutnya, dalam operasi yang membabitkan Ibu Pejabat MOTAC, MOTAC Negeri Sembilan dan Johor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka itu kesemua lima bas terbabit dikenakan kompaun maksimum RM5,000.

Penguat kuasa MOTAC Melaka melakukan pemeriksaan terhadap bas pelancong untuk mengesan sekiranya melakukan kesalahan itu di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 di Melaka, Sabtu lalu.

“Ketika ditahan Sabtu lalu, pemandu bas mengaku tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong kerana segala urusan dikendalikan agensi pelancongan.

“MOTAC mengeluarkan notis pemeriksaaan yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikompuan minimum rm5,000 kerana melanggar Akta Industri Pelancongan 1992 ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis promosi Iftar Ramadan Hotel Imperial, di sini, malam tadi.

Menurutnya, alasan tidak mengetahui syarat menyediakan pemandu pelancong untuk perkhidmatan bas pelancongan tidak sepatutnya timbul.

Jay Yeow C.C

“Meskipun mereka tidak menggunakan syarikat ejen pelancongan, permohonan pelepasan untuk tidak menggunakan pemandu pelancong perlulah diperolehi seperti mana kebiasaannya melibatkan program lawatan sekolah,” katanya.

– MalaysiaGazette