Gambar hiasan

PHNOM PENH – Panahan kilat telah meragut 63 nyawa di Kemboja pada tahun lalu, turun 24 peratus daripada 83 kematian pada tahun sebelumnya.

Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana (NCDM) berkata, kejadian itu turut mencederakan 58 orang mangsa tahun lalu.

Jurucakapnya berkata, penurunan kes kematian itu disebabkan kesedaran orang ramai untuk melindungi diri mereka daripada disambar petir.

“Orang ramai terutama yang tinggal di kawasan luar bandar hanya perlu tinggal di rumah atau tempat perlindungan apabila berlaku ribut atau hujan,” katanya.

Dalam usaha mengurangkan kematian akibat disambar petir, NCDM bercadang untuk memasang alat perlindungan kilat di beberapa kawasan berisiko tinggi.

“NCDM akan melawat wilayah berisiko tinggi untuk menyemak dan menilai keperluan sebenar sebelum memasang peralatan perlindungan kilat di wilayah tersebut,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kejadian petir sering berlaku pada musim hujan dari Mei hingga Oktober. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast