Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini tidak membincangkan soal persiapan parti bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu disahkan sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam 30 minit.

“Itu (persiapan PRN) kena bincang dalam mesyuarat yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn, malam ini.

Tambah Ahmad Zahid, mesyuarat MKT UMNO malam ini hanya membincangkan soal persiapan akhir sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), esok.

“Ini kelaziman mesyuarat khas diadakan pada hari ini untuk mendengar laporan daripada pengerusi tetap persiapan PAU2022.

“Pada malam ini pengerusi tetap telah buat laporan tentang laporan daripada wakil-wakil tertinggi ke persidangan sayap-sayap di mana mereka sudah lakukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast