PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes khianat api dan simbah cat di sekitar Kulai, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di lokasi berbeza di Seri Alam dan Johor Bahru, sekitar 9 pagi hingga 2.30 petang.

Beliau berkata, dalam serbuan di premis kediaman dan tepi jalan tersebut, polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan bagi kegiatan khianat dengan api dan simbah cat.

“Soal siasat awal ke atas kesemua yang ditangkap mengakui telah mengambil upah membaling cat dan ‘molotov cocktail’ (bom petrol) di sekitar kawasan Kulai.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat penglibatan mereka dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tok berkata, kesemua mereka mengaku menerima upah sebanyak RM1,300 seorang untuk membaling cat di dua alamat serta membaling molotov cocktail di satu alamat.

Beliau berkata, kesemua mereka tiada rekod jenayah dan kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast