KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia sedang berusaha mencari waris kepada seorang pesakit lelaki.
Menurutnya, pihak hospital tidak mengetahui nama pesakit yang dianggarkan berusia 50-an.
Pesakit ini telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu diambil oleh ambulans dan dihantar ke HCTM untuk rawatan selanjutnya.
Pesakit kini sedang menerima rawatan dan ditempatkan di Wad 5E.
“Pesakit ini didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya,” katanya.
Sehubungan dengan itu, pihak HCTM memohon orang ramai yang mengetahui waris lelaki ini berurusan dengan Mohd Zulkhairi Salleh di talian 03-91455776 / 5765. – MalaysiaGazette