Mayat mangsa yang lemas di Tasik Cermin ditemui oleh anggota bomba.

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja 16 tahun ditemukan lemas di Tasik Cermin Setia Alam, Shah Alam, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata, pihaknya menerima kejadian lemas pada jam 12.16 tengah hari.

Kehilangan mangsa, Muhammad Khairul Hamizan Mustapa ketika melakukan aktiviti disedari oleh salah seorang rakannya.

Katanya, mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter pada jam 2.15 petang tadi dan disahkan meninggal dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast