KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) bukan yang pertama menyaksikan dua jawatan penting dalam UMNO tidak dipertandingan dalam parti itu.
Ini kerana, dalam sejarah PAU, pernah memutuskan tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ia bermula pada tahun 1996 apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan tidak mempertandingkan jawatan nombor satu.
“Perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh Tan Sri Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan no 2 tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu No 1, Dr Mahathir. Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi Facebook.
Selagi pada tahun 2001 apabila MKT membentangkan usul supaya tidak ada pertandingan No 1 dan No 2. Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan PAU sekali lagi bersetuju.
Pada tahun 2023, isu pertandingan dua jawatan itu tidak diusulkan oleh MKT tetapi usul tambahan daripada perwakilan.
Ia dibahas dan diundi.
”PAU bersetuju. No 1 DS Zahid Hamidi. No 2 Tok Mat Hasan (Mohamad Hasan),” tambah beliau lagi.
Ahmad Shabery berkata, meskipun keputusan itu sudah diputuskan, UMNO masih merupakan parti yang banyak melakukan perubahan dalam pucuk pimpinan parti berbanding parti-parti politik lain. – MalaysiaGazette