Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan  tiada rakyat negara ini yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut kenyataan konsulat itu, gempa bumi berkuran 6.2 pada skala Ritcher telah berlaku di wilayah berkenaan pada jam 5.30 pagi waktu tempatan.

“Setakat ini tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi Konsulat di talian +62624531342 atau +62614523992. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast