KUALA LUMPUR – Pekerja-pekerja Malaysia boleh menjangkakan pelarasan gaji antara 3% hingga 20% dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal membuat perubahan yang lebih ketara pada struktur gaji dalaman mereka pada 2023.
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang dikeluarkan oleh Randstad Malaysia berkata, menunjukkan aktiviti pengambilan pekerja berada pada tahap tertinggi sepanjang masa pada 2022.
Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem menjangkakan trend ini berterusan pada tahun 2023 walaupun dengan kadar perlahan.
Firma penyelesaian sumber manusia ini menambah, syarikat-syarikat hanya akan melihat kejayaan dalam strategi pengambilan pekerja mereka hanya jika langkah diambil untuk mengurus bakat baharu dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Ia berlaku dalam latar belakang ekonomi global yang semakin perlahan, dengan banyak syarikat global mengurangkan aktiviti pengambilan berikutan kemelesetan dan rekod inflasi yang tinggi untuk memberi tumpuan kepada kawalan belanjawan.
Meskipun begitu, kemelesetan yang berlaku ini berupaya memberi faedah kepada pasaran buruh tempatan kerana syarikat berkemungkinan memindahkan unit perniagaan dan jumlah pekerja mereka dari Eropah ke negara Asia Tenggara.
Dengan ini, ia dapat memacu penciptaan pekerjaan baharu untuk tenaga kerja tempatan dan juga akan menarik lebih ramai bakat global peringkat atasan untuk berpindah ke Malaysia.
Menurutnya, teknologi akan menjadi pertumbuhan di Malaysia pada tahun-tahun akan mendatang dengan unjuran sumbangan 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
Ia berkata, industri teknologi digital diunjurkan menyumbang 22.6% KDNK menjelang 2025.
Sektor ini telah menyaksikan lonjakan dalam kekosongan kerja daripada 19,000 kepada 56,000 dalam tempoh setahun dan pembangunan teknologi 5G pembangunan akan mewujudkan 750,000 pekerjaan menjelang 2023 dalam Malaysia sahaja.
Randstad berkata sektor teknologi merekodkan beberapa kenaikan gaji tertinggi di Malaysia namun perkembangan ini idak mampan dalam jangka panjang terutama bagi syarikat permulaan peringkat awal yang cukup memerlukan bakat.
Ia berkata kesesakan rantaian bekalan telah memperlahankan aktiviti pembuatan di Malaysia, sambil menambah bahawa apabila ia berlaku, pengilang sudah secara aktif mengembangkan tenaga kerja mereka untuk memenuhi tunggakan dan pesanan baharu.
Apabila lebih banyak pengeluar membina lebih banyak kemudahan di Malaysia untuk memenuhi permintaan global, lebih banyak pengambilan pekerja di peringkat kanan untuk pengurus loji dan ketua pengeluaran akan dibuka.
Walaupun minat pembeli terhadap hartanah kediaman mungkin menurun sejajar dengan peningkatan kos, permintaan untuk komersial semakin meningkat.
Syarikat pembinaan bagi pembuatan, pusat data dan pelanggan tenaga akan mengambil pekerja baharu secara aktif untuk memenuhi tarikh akhir.
Dalam pada itu, tinjauan Workmonitor Randstad mendedahkan 85% rakyat Malaysia mengatakan adalah penting bagi majikan untuk menawarkan program latihan pembelajaran dan pembangunan.
Tetapi hanya 36% daripada responden mengatakan kesediaan mereka untuk menerima latihan baharu pada tahun lalu.
Manakala 61% pekerja di Malaysia berhasrat mengembangkan kemahiran teknikal untuk lebih produktif. – MalaysiaGazette