Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Sejak 25 tahun lalu, perwakilan daripada Kelab UMNO United Kingdom dibenarkan berbahas dan kali pertama mereka disingkir dan dihalang berbuat sedemikian semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar  rasa kecewa dengan perkembangan itu hanya kerana pembahas dikatakan mengkritik presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui media sosial.

“Sebagai bekas Presiden Kelab UMNO United Kingdom (UK) dan Eire pada 1986, saya telah berdamping dengan pelajar-pelajar Kelab UMNO Luar Negara lebih 25 tahun amat dukacita melihat perkembangan ini.

“Lebih membimbangkan apabila pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang ingin mendekati UMNO kini menjauhkan diri kerana melihat demokrasi semakin mati di dalam UMNO.

“Bukan sahaja jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditandingi bahkan Muhammad Iman Irfan Yahya yang pulang jauh dari UK (United Kingdom) telah disingkir dan dihalang berucap di PAU 2022 kerana dikhuatiri akan mengktirik Presiden UMNO,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya hari ini.

Tambah Noh, tindakan itu jelas memperlihatkan bukan sahaja demokrasi telah mati bahkan kebebasan bersuara juga telah berkubur di dalam UMNO.

“Kerana itulah ketika Usul Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diundi untuk tidak dipertandingkan, saya duduk dan tidak menyokong.

“Ini adalah kerana saya mahukan demokrasi subur di dalam UMNO,” katanya.

Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang tidak menolak kemungkinan sokongan pengundi kepada UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Selangor terhad di Saluran 1 dan 2 sahaja.

“Manakala Saluran 4 dan 5, undi daripada anak-anak muda akan menjauhkan diri daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” katanya.

Noh memberitahu, ketika menjadi Presiden Kelab UMNO UK dan Eire 1987, beliau telah pulang ke tanah air dan dipilih sebagai jurucakap di PAU 1987.

“Ketika itu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menentang Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dan ketika itu berlaku krisis UMNO.

“Pemilihan UMNO pada 1987 sangat tegang dengan keadaan semua calon menggunakan jentera sama ada parti mahu pun kerajaan untuk memastikan mereka menang.

“Ketika itu terbentuklah Team A (Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba) dan Team B (Ku Li, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi),” katanya.

Katanya, walaupun pada masa itu, beliau hanyalah pemimpin pelajar Malaysia dari luar negara yang menyokong Abdullah yang ketika itu Menteri Pelajaran namun UMNO tidak menghalangnya berucap di dalam PAU.

“Saya difahamkan Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Syukir juga telah dihalang dan ditukar pada saat akhir kerana beliau dilihat menyokong jawatan Presiden dipertandingkan,” dedahnya.

Oleh kerana semangat demokrasi dan kebebasan bersuara pada PAU 1987 tersebut, Noh akui masih kekal menyokong dan setia kepada UMNO sehingga hari ini.

“Tetapi hari ini, saya amat bimbang, dengan alasan agar UMNO tidak berpecah maka pindaan Perlembagaan dilakukan agar pemilihan UMNO diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Akhirnya UMNO tinggal 26 kerusi Parlimen.

“Sekarang UMNO bakal berhadapan dengan PRN di enam negeri. Alasan yang sama digunakan iaitu mengelakkan perpecahan dalam parti.

“Saya amat bimbang pengundi-pengundi di enam negeri ini akan menolak calon-calon daripada UMNO,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kenyataan dari Noh Omar yang perlu diambil perhatian kerana jawatan “KEMENANGAN TOP 2” tidak dipertandingkan, majority ahli cawangan seluruh negara tidak setuju walau kebanyakan WAKIL mereka ke Kuala Lumpur MENIPU untuk bersetuju kononnya mewakili akar umbi. Bahaya jenama UMNO BN dalam 6PRN akan datang.

  2. Sepanjang kempen PRU15 mereka berperang sakan, memaki hamun dan serang-menyerang antara satu dan lain. Anwar dan kumpulannya mendakwa BN dan Umno adalah parti penyamun, kaki sakau, ketua perompak sambil mendendangkan di mana-mana sahaja lagu ‘Hoi hoi ya hoi kami semua penyamun’.

    Zahid dan kumpulannya pula mendakwa Anwar dan PH ‘kaki kencing’ menipu rakyat selama 22 bulan memerintah. DAP didakwa ekstrem dan rasis.

    SANDIWARA..ZAHID DAN ANWAR MUNAFIKUN …P.RAMLEE telah jelaskan dalam filemnya….JANGAN SALAH PANGKAH NANTI DAPAT JAMBAN DAN TAHI

Comments are closed.