KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP sanggup menelan ludah sendiri demi mengharapkan bantuan dan sokongan UMNO demi mendapatkan undi Melayu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, DAP tahu tanpa kerjasama UMNO, mereka tidak dapat bergelar menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
“Sehingga mereka sanggup akur menerima kuota menteri dan timbalan menteri yang sedikit. PH dalam diam mengakui sememangnya mereka sudah jauh daripada sokongan pengundi Melayu terutamanya dengan ada DAP dalam gabungan itu.
“Survival mereka hanya bergantung kepada kerusi majoriti Cina dan kerusi campur untuk menang 80 kerusi pada PRU15 lalu,” kata Nur Jazlan.
Beliau berkata, jika pemimpin PH terus berlagak sombong dan berasa hebat mereka belum tentu dapat menjadi kerajaan lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-16.
Nur Jazlan mengulas kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P. Ramasamy dan Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR), Hassan Karim membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nur Jazlan berkata, tindakan pemimpin terbabit seolah-olah menyalak sedangkan pemimpin lain dalam PH mengambil sikap berdiam diri demi menjayakan Kerajaan Perpaduan.
“Saya melihat sudah ada pemimpin dari DAP dan PKR yang mula nak tunjuk belang mereka dalam soal Kerajaan Perpaduan dan juga campur tangan dalam hal ehwal UMNO.
“Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy yang sememangnya terkenal bermulut lancang dan MP Pasir Gudang, Hassan Karim yang kaki bangkang mula menyentuh isu sensitif membabitkan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid.
“Ketika pucuk pimpinan atasan PH mengambil sikap tutup mulut dan berdiam diri kerana mereka lebih memikirkan kedudukan serta kuasa dalam Kerajaan Perpaduan, pemimpin bawahan pula yang melalak,” kata Nur Jazlan.
Beliau berkata, pemimpin PH seharusnya terus bersikap berpura-pura menerima gabungan dengan UMNO.
Tambahan menurutnya, kepimpinan UMNO dan ahli akar umbi sudah mula menerima dan menelan segala prejudis kerjasama antara UMNO dan PH membentuk Kerajaan Perpaduan.
Ramasamy sebelum ini membayangkan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO sebagai ‘beban’ bukan hanya kepada parti itu tetapi juga buat PH dan Kerajaan Perpaduan.
Sementara Hassan pula mendakwa reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas sekiranya kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ahmad Zahid masih diteruskan.- MalaysiaGazette
yang sebenarnya sekarang KERAJAAN MUNAFIK ZAHID ANWAR,,,
Sepanjang kempen PRU15 mereka berperang sakan, memaki hamun dan serang-menyerang antara satu dan lain. Anwar dan kumpulannya mendakwa BN dan Umno adalah parti penyamun, kaki sakau, ketua perompak sambil mendendangkan di mana-mana sahaja lagu ‘Hoi hoi ya hoi kami semua penyamun’.
Zahid dan kumpulannya pula mendakwa Anwar dan PH ‘kaki kencing’ menipu rakyat selama 22 bulan memerintah. DAP didakwa ekstrem dan rasis.
SANDIWARA..ZAHID DAN ANWAR MUNAFIKUN …P.RAMLEE telah jelaskan dalam filemnya….JANGAN SALAH PANGKAH NANTI DAPAT JAMBAN DAN TAHI