SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor komited dengan kerja untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, tegas Ketuanya, Mohamed Sukri Omar.
Beliau berkata, ini selaras dengan kesungguhan dan keseriusan kenyataan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi kelmarin.
Pada masa sama, beliau menempelak kenyataan Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin yang menghina tahap intelek pengundi muda khususnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.
Menurut beliau, dalam pilihan raya itu ternyata pengundi muda memihak kepada Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan kerusi Pas di peringkat Parlimen memperoleh lebih 40 kerusi dan merupakan sejarah terbaik parti itu.
“Di Selangor, pengundi dipandu dengan ilmu serta nasihat yang bermanfaat dan menyatupadukan ummah dalam khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu.
“Hakikatnya, pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedar akan gelombang anak muda khususnya menerusi media sosial yang bangkit memilih PN dalam PRU15 yang lalu.
“Kita boleh lihat ucapan pimpinan PH yang berterusan memperlekeh intelek pengundi muda khususnya Undi-18 sedangkan penurunan had umur mengundi telah dibahas panjang lebar dalam Parlimen dan mendapat persetujuan serta sokongan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Adzman memperlekehkan kenyataan Dr. Ahmad Yunus yang berkeyakinan tinggi dapat menawan Selangor pada PRN kali ini sebagai bermimpi di siang hari.
Beliau dilaporkan berkata, kemenangan Pas di enam kerusi Parlimen di Selangor dalam PRU15 lalu hanya sekadar kempen mempengaruhi pengundi.
Katanya, Pas mempengaruhi pengundi melalui kempen di media sosial khususnya TikTok maka tidak hairan ia tersebar luas mempengaruhi pengundi yang cetek pengetahuan mengenai politik dan agama.
Menurut Mohamed Sukri, Pemuda Pas Selangor yakin pengundi muda memiliki akses untuk mendapatkan liputan lebih meluas selari perkembangan teknologi dunia menerusi medium media sosial.
Malah, katanya, di zaman ini umur 18 tahun berbeza dengan generasi terdahulu dari segi memperoleh maklumat kerana lebih terbuka luas.
“Jika PRU14 dahulu PH berjaya mengaburi pengundi dengan naratif jahat namun PRU15 yang lalu pengundi lebih matang dalam saringan maklumat.
“Mungkin Adzman tidak membaca laporan akhbar melainkan hanya baca portal yang papar berita hasutan, dengki dan omong kosong dari pimpinan mereka sahaja. Bacalah juga semua portal berita, jangan malas,” katanya.
Mohamed Sukri turut menyatakan kesiapsiagaan bila-bila masa Pas menghadapi PRN khususnya di Selangor dan yakin gelombang sekarang memihak kepada PN. – MalaysiaGazette
ye lah.. pak lebai.. semua pendapat kau amat bernas.. org lain yg tak bernas
Yang penting maruah politik Islam terjaga…Dalam islam Nabi menyuruh menguasai pemerintahan…penat2 Nabi berperang mati matian untuk tegakkan Kalimah Agung…walaupun ada di kalangan mukmin ade yg fasik…ade yg enggan menerima pemerintahan Islam…kalau Nabi Hidup sekarang…ade berani korang bercakap depan Nabi…payah berpolitik dlm masjid…sedangkan zaman Nabi dulu strategi pemerintahan dulu buat di masjid Nabawi…ceramah politik semua dlm masjid…sekarang dlm masjid tak boleh cerita politik…ape cerita manusia sekarang…Kalau Nabi Isa turun dihapuskan SEMUA BABI KHINZIR…Nabi Isa mukjizatnya kita tahu…Kemukjizatan Nabi yg masih hidup tapi belum turun ke bumi…SEDARLAH MANUSIA…ZAMAN SEKARANG SEMUA ALLAH YANG GENGGAM?!!!