KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang merancang membina sebuah tapak rekreasi bagi aktiviti sukan papan luncur (skate park) di Taman Pasif, di sini, pada tahun ini dengan kos sebanyak RM250,000.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Husin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM150,000 disumbangkan kerajaan negeri Pahang, RM50,000 merupakan peruntukan Majlis Bandaraya Kuantan dan RM50,000 diperoleh daripada MBSB Bank.

“Sesi perbincangan telah dijalankan dan projek akan dimulakan pada tahun ini dalam jangka masa setahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Sementara itu, Pengerusi Skateboard Timur, Muhammad Zulkhairi Mohd Nor berkata, projek tersebut dapat menyungkil bakat baru dalam sukan papan seluncur, basikal dan rollerblade. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.