Alec Baldwin

LOS ANGELES – Alec Baldwin akan didakwa membunuh tanpa sengaja ke atas kru sinematograf Halyna Hutchins, yang maut di set filem semasa pelakon itu melepaskan tembakan daripada pistol pro.

Baldwin sedang berlatih untuk adegan pengambaran filem Rust ketika kejadian itu berlaku di sebuah ladang berhampiran Sante Fe, New Mexico pada Oktober 2021.

Hannah Gutierrez Reed, penyelaras prop penerbit filem itu juga akan didakwa.

Peguam untuk kedua-duanya berkata, kedua-dua tertuduh akan membela diri daripada pertuduhan tersebut.

Peguam Daerah Santa Fe Mary Carmack-Altwies yang mengumumkan pertuduhan pada hari Khamis, menambah, pertuduhan mereka akan difailkan pada akhir bulan ini.

“Pelakon dan penerbit Alec Baldwin dan Hannah Gutierrez Reed masing-masing akan didakwa dengan dua pertuduhan membunuh tanpa sengaja.

“Saya telah menentukan bahawa terdapat bukti yang mencukupi.

“Pada pandangan saya, tiada siapa yang berada di atas undang-undang, dan semua orang berhak mendapat keadilan,” katanya.

Kedua-duanya berdepan hukuman penjara sehingga 18 bulan dan denda AS$5,000 jika sabit kesalahan.

Mereka akan dibicarakan oleh juri, kata pendakwa raya.

Pengarah filem Joel Souza turut cedera dalam tembakan itu, tetapi pendakwa raya berkata, tiada pertuduhan akan difailkan berhubung perkara itu.

Penolong pengarah filem itu David Halls membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan salah laku menggunakan senjata maut secara cuai, kata pendakwa raya.

Dia akan menghabiskan masa perbicaraan selama enam bulan.

Dalam satu kenyataan, peguam kepada suami Hutchins berkata, beliau menyokong pemfailan pertuduhan.

”Tiada siapa yang berada di atas undang-undang,” kata Mathew.

Tetapi peguam Baldwin, Luke Nikas, menyifatkan keputusan itu sebagai “keadilan yang mengerikan”.

“Baldwin tidak mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat peluru hidup di dalam pistol – atau di mana-mana di set filem.

“Dia bergantung pada profesional yang bekerja dengannya, yang memberi jaminan bahawa pistol itu tidak mempunyai peluru langsung.

”Kami akan melawan tuduhan ini, dan kami akan menang,” tegas Nikas. – Agensi